Saturday 16 May 2015

KENALI PENAWAR SAKIT GIGI.


Hanya Tuhan yang tahu deritanya sakit gigi. Sukar untuk digambarkan, dan sesiapa yang pernah mengalaminya sahaja yang bisa mengerti. Derita sakit gigi akan menjalar menggugat emosi hinggakan seseorang bisa berubah sikap dan kelakukan, contohnya menjadi pemarah.

Selain mendapatkan rawatan di klinik pergigian, terdapat beberapa penawar sakit gigi yang bisa kita perolehi dengan mudah dan semula jadi. Kebanyakkannya terdiri daripada herba-herba yang bisa kita perolehi di dapur yang seringkali digunapakai dalam masakan. Anggaplah ia sebagai kaedah alternatif untuk merawat sakit gigi. Untuk kali ini, saya kongsikan petua yang saya petik dari akhbar Berita Harian bertarikh 14 Mac 2015. 

PENAWAR SAKIT GIGI.

Lada Hitam dan Garam. 

Garam yang digaul bersama lada hitam memiliki cirri-ciri antibakteria, antiradang dan analgesik( penahan sakit) berupaya mengurangkan masalah gigi sensitive. 

Caranya ialah dengan mencampurkan sedikit lada hitam dan garam biasa dengan beberapa titis air ( seperti paes). Pes berkenaan kemudiannya ditampalkan pada kawasan gigi yang sakit selama beberapa minit. 

Bawang Putih. 

Bawang putih memiliki cirri perubatan antibiotik dan berkesan untuk mengurangkan kesakitan. 

Caranya ialah dengan mencampurkan seulas bawang putih hancur( atau serbuk bawang putih) dengan garam atau arang dan sapukan kepada gigi. Malah, boleh juga dikunyah seulas dua bawang putih. Amalkan kaedah ini selama beberapa hari. 

Cengkih

Cengkih sebenarnya kaya dengan khasiat, antiradang, antibakteria, antioksida dan antistetik yang membantu mengurangkan rasa sakit. 

Caranya ialah dengan menumbuk halus dua biji cengkih, kemudian campurkannya dengan minyak zaitun atau minyak sayur dan sapu pada tempat sakit.

Cara lain ialah dengan tekapkan kapas ke dalam minyak cengkih dan sapukan terus kepada gigi yang sakit atau campurkan beberapa titik minyak cengkih dalam setengah gelas air dan jadikannya sebagai ubat kumur. 

Bawang Merah. 

Bawang mempunyai antiseptik dan antimikrob yang mengawal sakit gigi. Ia memberikan kelegaan dan membunuh kuman penyebab jangkitan. 

Caranya, ketika alami sakit gigi, kunyahlah bawang mentah selama beberapa minit untuk melegakan kesakitan. Jika anda tidak dapat mengunyah, letakkan sekeping bawang merah secara langsung pada gigi yang rosak atau gusi. 

Asafetida. 

Masalah gigi seperti sakit gigi dan gusi berdarah boleh dirawat dengan menggunakan asafetida(sejenis serbuk jintan manis). Hanya tambah secubit atau setengah sudu teh serbuk asafetida bersama dua sudu teh jus lemon dan panaskan sehingga suam-suam kuku. Sapukan bahan itu di kawasan terjejas. 

Sebagai alternatif lain, asafetida boleh digoreng menggunakan mentega dan masukkan bahan ini terus ke rongga gigi. 

Air Garam. 

Segelas air garam berupaya merawat sakit gigi.Campurkan setengah sudu garam biasa ke dalam segelas air panas dan menggunakannya untuk bilas atau berkumur. 

Ia membantu mengurangkan bengkak dan keradangan serta melawan bacteria yang menyebabkan jangkitan. 

Mudah-mudahan ini bermanfaat kepada semua terutamanya individu yang menghadapi masalah sakit gigi. Jadikan ia sebagai penawar alternatif.

No comments:

Post a Comment