Saturday 25 October 2014

HARI JANTUNG SEDUNIA


Jantung merupakan organ yang penting dalam kehidupan manusia. Bila jantung berhenti berdegup, nadi juga berhenti berdenyut. Kala itu, berpisahlah jasad dan roh. Dewasa ini penyakit jantung bukan lagi dianggap sebagai penyakit orang tua. Ia menimpa semua golongan termasuklah golongan muda yang aktif bersenam. 

Tahukah anda, penyakit jantung dan strok merupakan punca utama kematian di dunia dan meragut 17.3 juta nyawa setiap tahun, dan kemungkinan jumlah ini akan meningkat kepada 23 juta menjelang 2030. 

Menyedari betapa pentignya kesihatan jantung, sejak 13 tahun lalu, penduduk dunia akan menyambut Hari Jantung Sedunia. Pada mulanya, ia disambut pada hari Ahad terakhir pada setiap September. Namun bermula tahun 2011, tarikh tersebut ditukar pada 29. September. 

Ingat jantung dan ingatlah nyawa, kerana selagi jantung berdegup selagi itulah nadi berdenyut. Dan selagi nadi bedenyut, selagi itulah kita akan bernyawa.

Thursday 23 October 2014

MAKANAN PENAMBAH SPERMA.



Saya tertarik untuk berkongsi tulisan Dr Ismail Thamby, yang disiarkan di dalam akhbar Metro Ahad bertarikh 18 Mei 2014. 

Artikel tersebut ialah mengenai makanan dan minuman yang dapat meningkatkan kuantiti air mani. Saya amat berharap agar perkongsian ini tidak dianggap sebagai lucah, dan anggaplah ia sebagai ilmu untuk manfaat bersama. Apatah lagi di luar sana masih berlambak pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga tapi masih gagal menimang cahaya mata. 

Berikut adalah antara makanan yang perlu diamalkan untuk menambah kuantiti dan kualiti air mani, baik untuk lelaki muda mahpun yang telah berumur. 

 1. Air.

Air sangat mustahak kerana ia mempengaruhi isi padu air mani. Perlu minum air yang cukup sekurang-kurangnya empat liter sehari. Perlu diketahui, Lelaki menghasilkan antara dua hingga enam milliliter(ml) air mani setiap kali pancut. Jika pancutan lebih kerap, isi padu air mani boleh berkurangan sebanyak setengah ml atau hanya beberapa titik. 

2. Daging Merah, Ayam dan Ikan Tuna.

Ia membekalkan pelbagai nutrien sesuai untuk penghasilan sperma. Makanan ini mengandungi asid amino seperti L-Arginine dan L-Carnitine yang penting untuk sperma. Tiram dan Makanan Laut. Makanan ini mengandungi zink yang penting untuk penghasilan air mani serta keaktifan sperma. 

3. Kekacang. 

Bagus dimakan kerana mengandungi banyak zat galian zink dan selenium.

4.Bijiran seperti Oat dan Granola, Buah-buahan Citrus, Bayam, Brokoli, Bendi dan     Asparagus.

 Elok dimakan kerana mengandungi asid folik

 5. Buah Nangka dan Betik. 

 Mengandungi banyak antioksida yang boleh mempengaruhi kualiti sperma dalam badan. 

 6. Herba Akar Tongkat Ali 

 Teruji secara saintifik oleh pakar tempatan bertujuan menambah isi padu air mani.

 Kredit buat : www.bicaradariaku.com