Saturday 16 May 2015

KENALI PENAWAR SAKIT GIGI.


Hanya Tuhan yang tahu deritanya sakit gigi. Sukar untuk digambarkan, dan sesiapa yang pernah mengalaminya sahaja yang bisa mengerti. Derita sakit gigi akan menjalar menggugat emosi hinggakan seseorang bisa berubah sikap dan kelakukan, contohnya menjadi pemarah.

Selain mendapatkan rawatan di klinik pergigian, terdapat beberapa penawar sakit gigi yang bisa kita perolehi dengan mudah dan semula jadi. Kebanyakkannya terdiri daripada herba-herba yang bisa kita perolehi di dapur yang seringkali digunapakai dalam masakan. Anggaplah ia sebagai kaedah alternatif untuk merawat sakit gigi. Untuk kali ini, saya kongsikan petua yang saya petik dari akhbar Berita Harian bertarikh 14 Mac 2015. 

PENAWAR SAKIT GIGI.

Lada Hitam dan Garam. 

Garam yang digaul bersama lada hitam memiliki cirri-ciri antibakteria, antiradang dan analgesik( penahan sakit) berupaya mengurangkan masalah gigi sensitive. 

Caranya ialah dengan mencampurkan sedikit lada hitam dan garam biasa dengan beberapa titis air ( seperti paes). Pes berkenaan kemudiannya ditampalkan pada kawasan gigi yang sakit selama beberapa minit. 

Bawang Putih. 

Bawang putih memiliki cirri perubatan antibiotik dan berkesan untuk mengurangkan kesakitan. 

Caranya ialah dengan mencampurkan seulas bawang putih hancur( atau serbuk bawang putih) dengan garam atau arang dan sapukan kepada gigi. Malah, boleh juga dikunyah seulas dua bawang putih. Amalkan kaedah ini selama beberapa hari. 

Cengkih

Cengkih sebenarnya kaya dengan khasiat, antiradang, antibakteria, antioksida dan antistetik yang membantu mengurangkan rasa sakit. 

Caranya ialah dengan menumbuk halus dua biji cengkih, kemudian campurkannya dengan minyak zaitun atau minyak sayur dan sapu pada tempat sakit.

Cara lain ialah dengan tekapkan kapas ke dalam minyak cengkih dan sapukan terus kepada gigi yang sakit atau campurkan beberapa titik minyak cengkih dalam setengah gelas air dan jadikannya sebagai ubat kumur. 

Bawang Merah. 

Bawang mempunyai antiseptik dan antimikrob yang mengawal sakit gigi. Ia memberikan kelegaan dan membunuh kuman penyebab jangkitan. 

Caranya, ketika alami sakit gigi, kunyahlah bawang mentah selama beberapa minit untuk melegakan kesakitan. Jika anda tidak dapat mengunyah, letakkan sekeping bawang merah secara langsung pada gigi yang rosak atau gusi. 

Asafetida. 

Masalah gigi seperti sakit gigi dan gusi berdarah boleh dirawat dengan menggunakan asafetida(sejenis serbuk jintan manis). Hanya tambah secubit atau setengah sudu teh serbuk asafetida bersama dua sudu teh jus lemon dan panaskan sehingga suam-suam kuku. Sapukan bahan itu di kawasan terjejas. 

Sebagai alternatif lain, asafetida boleh digoreng menggunakan mentega dan masukkan bahan ini terus ke rongga gigi. 

Air Garam. 

Segelas air garam berupaya merawat sakit gigi.Campurkan setengah sudu garam biasa ke dalam segelas air panas dan menggunakannya untuk bilas atau berkumur. 

Ia membantu mengurangkan bengkak dan keradangan serta melawan bacteria yang menyebabkan jangkitan. 

Mudah-mudahan ini bermanfaat kepada semua terutamanya individu yang menghadapi masalah sakit gigi. Jadikan ia sebagai penawar alternatif.

Wednesday 6 May 2015

10 cara untuk mengatasi masalah berdengkur.


Tahukah anda, kajian mendapati hampir satu pertiga daripada hidup kita dihabiskan dengan tidur. Ini menunjukkan betapa tidur amat penting dalam hidup dan kehidupan manusia. Tidur amat penting bagi memastikan tubuh memperolehi rehat yang secukupnya. Namun, lena kita seringkali terganggu hingga menggugat kualiti tidur. Berdengkur merupakan gangguan terhadap mutu atau kualiti tidur. 

Berdengkur ialah bunyi nafas yang kuat oleh seseorang ketika tidur akibat sebahagian daripada saluran pernafasannya tersumbat. Akibat berdengkur, seseorang akan berasa letih kerana tidak mendapat tidur yang berkualiti yang mencukupi, dan seterusnya ia akan menganggu aktiviti harian individu tersebut. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang berdengkur. Antaranya ialah alahan atau habuk, tulang hidung bengkok, masalah tisu berlebihan di anak tekak, obesiti, pengambilan alcohol, kesan pengambilan ubat yang boleh menyebabkan tertidur, posisi tidur secara terlentang dan tonsil bengkak. 



10 cara untuk mengatasi masalah berdengkur. 
  • Jangan lakukan pekerjaab terlalu berat 
  • Bersihkan saluran pernafasan, terutamanya rongga hidung dan mulut sebelum tidur
  • Tidak merokok dan mengambil alcohol serta elakkan makanan berlemak, kerana ia akan menyebabkan jus gastric daripada perut naik ke saluran pernafasan. 
  • Kurangkan berat badan 
  • Tidur dengan posisi dan memastikan kepala lebih tinggi. Alas kepala dengan bantal atau tangan untuk melancarkan saluran pernafasan. 
  • Pastikan tidak mengalami selsema, hidung tersumbat atau sebagainya. 
  • Mandi menggunakan air suam
  • Tambahan air ke dalam air mandian kerana ia antara cara untuk mengatasi masalah hidung tersumbat. 
  • Tukar bantal. Alergi dan debu pada bantal adalah sebahagian daripada punca berdengkur. 
  • Minum banyak air. Ini kerana seseorang mungkin mengalami dehidrasi ketika sedang tidur.
Rujukan : Berita Harian 14 Oktober 2014.