Wednesday 12 August 2015

19,498 pesakit buah pinggang menunggu penderma.


19,498 pesakit buah pinggang menunggu penderma. Begitulah yang dilaporkan di dalam akhbar Berita Harian bertarikh 15.Julai. 2015, pada halaman 15. Kira-kira 6,000 rakyat Malaysia disahkan mengalami kegagalan buah pinggang tahap akhir pada setiap tahun. 

Kegagalan tersebut menyebabkan mereka memerlukan pemindahan organ tersebut. Namun, kekurangan penderma buah pinggang menyebabkan ada pesakit terpaksa menunggu lebih dari lima tahun untuk menjalani pemindahan di negara ini, sekali gus membuatkan buah pinggang menjadi organ paling diperlukan. 

Menurut Ketua Pengurusan Klinikal Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC), Datin Fadhilah Zowyah Lela Yasmin Mansor, sebagaimana yang dilaporkan menerusi Berita Harian, 15.Julai. 2015, peningkatan jumlah rakyat Malaysia yang mengalami kegagalan buah pinggang berpunca daripada penyakit kencing manis, darah tinggi dan pengambilan pil makanan maknan tambahan yang tidak sesuai. 

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ Kebangsaan, Tan Sri Lee Lam Thye pula berkata, mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kadar pendermaan organ di negara ini berada pada kedudukan paling rendah di dunia.