Wednesday 29 April 2015

PETUA MENCANTIKKAN BULU KENING.


Pelbagai petua yang dapat digunakan untuk melebatkan, sekali gus mencantikkan bulu kening. Ia tidak memerlukan perbelanjaan yang besar dan tanpa perlu ke pusat rawatan kecantikkkan. Kali ini, saya ingin berkongsi petua tersebut yang saya petik daripada akhbar Berita Harian bertarikh 15 April 2015.

Petua Mencantikkan Bulu Kening. 

Lemak Ayam. 

Caranya ialah dengan menyapukan lemak ayam pada kening. Amalkan dua kali sehari. Air Kelapa. Caranya ialah dengan mengambil air kelapa muda dan gunakanlah ia untuk membasuh kening setiap hari. Ia berfungsi untuk mempercepatkan pertumbuhan bulu kening. 

Minyak Buah Keras.

Buang kulit buah keras, kemudian bakarlah isinya sehingga hitam dan mengeluarkan pati minyak. Sapukan minyak buah keras pada bulu kening sebanyak dua kali sehari selama seminggu. 

Tangkai Daun Sirih.

Caranya ialah dengan mengambil daun sirih segar dan petik tangkainya. Lendir tangkai itu disapukan kepada kening bayi baru lahir dan lukis lendir tadi mengikut bentuk yang dikehendaki. Lakukan setiap hari hingga menampakkan kesan. 

Bawang Putih. 


Caranya dengan mengambil hirisan hujung bawang putih, dan kemudiannya sapulah mengikut alur kening pada setiap malam. Kemudiannya cuci dan lakukanlah amalan ini sekerap mungkin sehingga menampakkan hasilnya. 

Minyak Kelapa

Bakar isi kelapa muda sehingga mengeluarkan minyak. Kemudian ambil minyak tersebut dan sapukan setiap hari. Insya- Allah, Kening impian akan menjadi kenyataan.

Minyak Zaitun

\. Ambil sesudu minyak zaitun asli dan sapukan pada kening sambil mengurut bahagian kening selama dua hingga tiga minit. Hasilnya mengagumkan. Moga petua ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua.Selamat mengamalkan petua mudah ini. Insya-Allah akan menampakkan hasil dengan izin-Nya.

Monday 13 April 2015

Petua mengatasi kehitaman pada siku dan lutut.


Siku dan lutut yang hitam dan kasar pasti sahaja memburukkan penampilan individu. Orang yang mengalami masalah siku hitam terutamanya, pasti sahaja akan keberatan untuk memakai baju berlengan pendek. Ini kerana tindakan tersebut sedikit sebanyak berupaya mengundang aib. Antara petua untuk mengatasi masalah kehitaman pada siku dan lutut ialah dengan menggunakan buah lemon. 

Petua ini ada disiarkan di dalam Berita Harian, bertarikh 31 Mac 2015, dan saya kongsikan di sini untuk manfaat bersama. 



Langkah-langkahnya ialah. 

  • 1. Ambi sebiji lemon dibelah dua. 
  • 2. Ramas sebelah lemon pada siku atau lutut yang bermasalah. 
  • 3. Biarkan dalam keadaan basah selama 10 minit. 
  • 4. Lakukan perkara yang sama pada satu lagi siku atau lutut
  •  5. Cuci bersih siku dan lutut dan sapukan losen 

Jadi, kepada sesiapa yang mengalami masalah kehitaman pada siku dan lutut, bolehlah amalkan petua ini. 

Dapatkan lebih info tentang kesihatan di pages , -->Hidup Biar Sihat 

SELAMAT MENCUBA.