Wednesday 29 April 2015

PETUA MENCANTIKKAN BULU KENING.


Pelbagai petua yang dapat digunakan untuk melebatkan, sekali gus mencantikkan bulu kening. Ia tidak memerlukan perbelanjaan yang besar dan tanpa perlu ke pusat rawatan kecantikkkan. Kali ini, saya ingin berkongsi petua tersebut yang saya petik daripada akhbar Berita Harian bertarikh 15 April 2015.

Petua Mencantikkan Bulu Kening. 

Lemak Ayam. 

Caranya ialah dengan menyapukan lemak ayam pada kening. Amalkan dua kali sehari. Air Kelapa. Caranya ialah dengan mengambil air kelapa muda dan gunakanlah ia untuk membasuh kening setiap hari. Ia berfungsi untuk mempercepatkan pertumbuhan bulu kening. 

Minyak Buah Keras.

Buang kulit buah keras, kemudian bakarlah isinya sehingga hitam dan mengeluarkan pati minyak. Sapukan minyak buah keras pada bulu kening sebanyak dua kali sehari selama seminggu. 

Tangkai Daun Sirih.

Caranya ialah dengan mengambil daun sirih segar dan petik tangkainya. Lendir tangkai itu disapukan kepada kening bayi baru lahir dan lukis lendir tadi mengikut bentuk yang dikehendaki. Lakukan setiap hari hingga menampakkan kesan. 

Bawang Putih. 


Caranya dengan mengambil hirisan hujung bawang putih, dan kemudiannya sapulah mengikut alur kening pada setiap malam. Kemudiannya cuci dan lakukanlah amalan ini sekerap mungkin sehingga menampakkan hasilnya. 

Minyak Kelapa

Bakar isi kelapa muda sehingga mengeluarkan minyak. Kemudian ambil minyak tersebut dan sapukan setiap hari. Insya- Allah, Kening impian akan menjadi kenyataan.

Minyak Zaitun

\. Ambil sesudu minyak zaitun asli dan sapukan pada kening sambil mengurut bahagian kening selama dua hingga tiga minit. Hasilnya mengagumkan. Moga petua ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua.Selamat mengamalkan petua mudah ini. Insya-Allah akan menampakkan hasil dengan izin-Nya.

2 comments:

  1. wanie singgah sini.. good info sis :)
    btw blh x awk tlg sy like page utk assignment sy ney?
    http://catatanhati93.blogspot.com/2015/04/bellabeautyschoolproject2.html

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete